Khamis, 3 Disember 2015

READING WITH AL : Siri Bacaan Fonik Bahasa Inggeris untuk Kanak-kanak.


 READING WITH AL : Siri Bacaan Fonik Bahasa Inggeris untuk Kanak-kanak.

Terdapat banyak siri bacaan fonik Bahasa Inggeris yang terdapat di pasaran. Namun, jika ibu bapa mempunyai masa yang suntuk ataupun tidak pasti bagaimana hendak mengajar anak-anak membaca, bagaimana pula jalan penyelesaiannya?

Reading with Al ditulis untuk membantu ibu bapa yang :

1.  Tidak fasih dan tidak pasti bagaimana hendak mengajar anak-anak membaca di dalam Bahasa Inggeris.

2. Fasih Bahasa Inggeris tetapi tidak pasti bagaimana hendak mengajar anak membaca.

3. Mempunyai masa yang terhad untuk mengajar anak-anak membaca.

Mungkin ada yang kata mengapa nak beri tekanan kepada anak-anak, biarlah dia bermain kerana umur masih muda lagi. Ya betul, kami sangat setuju kerana itu lah konsep yang di amalkan oleh Reading with Al, iaitu belajar dengan kadar pembelajaran masing-masing.

Apa faedahnya jika anak dapat membaca dari rumah lagi ?

1. Ibu bapa boleh wujudkan rasa cinta buku dan cinta ilmu di kalangan anak-anak dari umur yang kecil lagi. Ramai ibu bapa yang mengadu anak-anak kuat bermain 'game' dalam gajet. Ini bermakna adalah sangat penting untuk memperkenalkan kemahiran membaca di kalangan anak-anak supaya ada keseimbangan aktiviti membaca buku-buku fizikal, penglibatan di dalam aktiviti fizikal serta waktu waktu terjadual menggunakan gajet.

2. Melalui pembacaan, penguasaan Bahasa Inggeris akan digarap secara semula jadi. Anak anak tak perlu pening dengan pelajaran tatabahasa yang akan dipelajari di sekolah nanti kerana sudah dikuasai melalui pembacaan buku-buku cerita Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia.

Reading with Al Level 1

Di level 1, terdapat 12 buah buku-buku yang memperkenalkan huruf-huruf serta bunyi sebutannya di dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana buku ini telah dibuat di platform 'mobile app' dan berbentuk buku digital, ia mengeluarkan bunyi pada setiap tindakan sentuhan skrin oleh anak-anak terhadap setiap huruf dan sebutan bunyi.

Dengan ini, anak-anak akan belajar mengenal setiap huruf dan bunyian huruf. Inilah yang dipanggil pendekatan bacaan fonik. Buku buku ini sesuai untuk anak yang berumur 1 tahun dan ke atas, manakala berapa cepatnya anak-anak akan boleh membaca berbeza dari seorang kanak-kanak.

Yang penting bagi ibu bapa ialah memberikan pendedahan sebanyak mungkin terhadap sebutan dan cara Bahasa Inggeris digunakan. Jangan terkejut jika anak anda dah boleh membaca walaupun baru berumur 2 tahun.

Jika dia sudah boleh membaca buku sedikit demi sedikit sediakan buku-buku fizikal untuk mereka 'nikmati'. Dan jangan lupa puji setiap kali mereka menunjukkan usaha mengambil buku - walaupun masih belum pada membaca.

Selamat men'download' buku-buku ini. Buku-buku 1, 2 dan 3 diberikan percuma manakala buku-buku lain di jual pada harga RM8 setiap satu di dalam Google Play Store.

Untuk download percuma:
Langkah 1 : pergi ke google play store
Langkah 2 : di ruangan search , taip " Reading with Al Level 1 Book 1"
                    'Scroll' skrin anda sehingga menjumpai muka depan buku ini.
Langkah 3 : klik 'install'
Langkah 4 : klik 'open'

Buku Reading with Al sudah pun di muat turun ke telefon pintar atau tablet anda. Selepas ini anda tidak lagi memerlukan internet.

Untuk pembelian buku-buku seterusnya :
Langkah 1 : pergi ke 'my account'
Langkah 2 : update 'payment method' dengan memasukkan nombor 16 digit kad debit/kredit anda, tarikh luput serta nombor sekuriti/csv 3 digit seperti di belakang kad anda
Langkah 3 : pergi ke google play store
Langkah 4 : di ruangan search , taip " Reading with Al Level 1 Book 1"
                    'Scroll' skrin anda sehingga menjumpai muka depan buku ini.
Langkah 5 : klik 'RM8.00'
Langkah 6 : klik 'accept'
Langkah 7 : klik 'buy'
Langkah 8 : klik 'continue'
Langkah 9 : klik 'open'


Set Lengkap untuk Level 1 adalah seperti berikut :
Level 1 Book 1 (download PERCUMA)

Level 1 Book 2 (download PERCUMA)

Level 1 Book 3 (download PERCUMA)

Level 1 Book 4 

Level 1 Book 5

Level 1 Book 6

Level 1 Book 7

Level 1 Book 8

Level 1 Book 9

Level 1 Book 10

Level 1 Book 11

Level 1 Book 12

Download kesemuanya di :

-Selamat Membaca bersama Anak-anak-


                             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan