Terdapat banyak siri bacaan fonik Bahasa
Inggeris yang terdapat di pasaran. Namun, jika ibu bapa mempunyai masa yang
suntuk ataupun tidak pasti bagaimana hendak mengajar anak-anak membaca,
bagaimana pula jalan penyelesaiannya?
Reading with Al ditulis untuk membantu ibu
bapa yang :
1. Tidak fasih dan tidak pasti
bagaimana hendak mengajar anak-anak membaca di dalam Bahasa Inggeris.
2. Fasih Bahasa Inggeris tetapi tidak
pasti bagaimana hendak mengajar anak membaca.
3. Mempunyai masa yang terhad untuk
mengajar anak-anak membaca.
Mungkin ada yang kata mengapa nak beri
tekanan kepada anak-anak, biarlah dia bermain kerana umur masih muda lagi. Ya
betul, kami sangat setuju kerana itu lah konsep yang di amalkan oleh Reading
with Al, iaitu belajar dengan kadar pembelajaran masing-masing.
Apa faedahnya jika anak dapat membaca
dari rumah lagi ?
1. Ibu bapa boleh wujudkan rasa cinta buku
dan cinta ilmu di kalangan anak-anak dari umur yang kecil lagi. Ramai ibu bapa
yang mengadu anak-anak kuat bermain 'game' dalam gajet. Ini bermakna adalah
sangat penting untuk memperkenalkan kemahiran membaca di kalangan anak-anak
supaya ada keseimbangan aktiviti membaca buku-buku fizikal, penglibatan di
dalam aktiviti fizikal serta waktu waktu terjadual menggunakan gajet.
2. Melalui pembacaan, penguasaan Bahasa
Inggeris akan digarap secara semula jadi. Anak anak tak perlu pening dengan
pelajaran tatabahasa yang akan dipelajari di sekolah nanti kerana sudah
dikuasai melalui pembacaan buku-buku cerita Bahasa Inggeris mahupun Bahasa
Malaysia.
Reading with Al Level 1
Di level 1, terdapat 12 buah buku-buku
yang memperkenalkan huruf-huruf serta bunyi sebutannya di dalam Bahasa
Inggeris. Oleh kerana buku ini telah dibuat di platform 'mobile app' dan
berbentuk buku digital, ia mengeluarkan bunyi pada setiap tindakan sentuhan skrin oleh anak-anak terhadap setiap huruf dan sebutan bunyi.
Dengan ini, anak-anak akan belajar
mengenal setiap huruf dan bunyian huruf. Inilah yang dipanggil pendekatan
bacaan fonik. Buku buku ini sesuai untuk anak yang berumur 1 tahun dan ke atas,
manakala berapa cepatnya anak-anak akan boleh membaca berbeza dari seorang
kanak-kanak.
Yang penting bagi ibu bapa ialah
memberikan pendedahan sebanyak mungkin terhadap sebutan dan cara Bahasa
Inggeris digunakan. Jangan terkejut jika anak anda dah boleh membaca walaupun baru
berumur 2 tahun.
Jika dia sudah boleh membaca buku sedikit
demi sedikit sediakan buku-buku fizikal untuk mereka 'nikmati'. Dan jangan lupa
puji setiap kali mereka menunjukkan usaha mengambil buku - walaupun masih belum
pada membaca.
Selamat men'download' buku-buku ini.
Buku-buku 1, 2 dan 3 diberikan percuma manakala buku-buku lain di jual pada
harga RM8 setiap satu di dalam Google Play Store.
Untuk download percuma:
Langkah 1 : pergi ke google play store
Langkah 2 : di ruangan search , taip " Reading with Al Level 1 Book 1"
'Scroll' skrin anda sehingga menjumpai muka depan buku ini.
Langkah 3 : klik 'install'
Langkah 4 : klik 'open'
Buku Reading with Al sudah pun di muat turun ke telefon pintar atau tablet anda. Selepas ini anda tidak lagi memerlukan internet.
Untuk pembelian buku-buku seterusnya :
Langkah 1 : pergi ke 'my account'
Langkah 2 : update 'payment method' dengan memasukkan nombor 16 digit kad debit/kredit anda, tarikh luput serta nombor sekuriti/csv 3 digit seperti di belakang kad anda
Langkah 3 : pergi ke google play store
Langkah 4 : di ruangan search , taip " Reading with Al Level 1 Book 1"
'Scroll' skrin anda sehingga menjumpai muka depan buku ini.
Langkah 5 : klik 'RM8.00'
Langkah 6 : klik 'accept'
Langkah 7 : klik 'buy'
Langkah 8 : klik 'continue'
Langkah 9 : klik 'open'
Level 1 Book 2 (download PERCUMA) |
Level 1 Book 3 (download PERCUMA) |
Level 1 Book 4 |
Level 1 Book 5 |
Level 1 Book 6 |
Level 1 Book 7 |
Level 1 Book 8 |
Level 1 Book 9 |
Level 1 Book 10 |
Level 1 Book 11 |
Level 1 Book 12 Download kesemuanya di : -Selamat Membaca bersama Anak-anak- |